1


2


3


HELLO
I don't like coffee fyi. But I love a song called Coffee by Bangtan Boys. So, Hello and welcome  people.

CREDITS
T H A N K Y O U





Best Memory Ever (Chapt.1) Monday, March 24, 2014 | 8:46 AM | 0 comments
Assalamualaikum. Wah.. Dah lamanya aku tak post entry. Dah setahun lebih rasanya. Maaf lah pada sesiapa yang menjengah blog aku tapi tak update langsung. Maklum lah. Last year busy SPM. SPM? RESULT? Hm.. Biarlah rahsia. Oh by the way ini blog baru aku. Blog lama still guna tapi maybe untuk spazzing jek. Takutlah orang complain.. "Amende nih kpop memanjang". Ye. Saya tahu itu amat menjengkelkan. Tapi.. Ada aku kisah? lol gurau gurau eheheh. So untuk blog yang nih mungkin aku update pasal kehidupan sebenar dan bukan angan-angan semata-mata.

Haa.. entry nih pun merupakan first entry aku untuk tahun 2014. Eh masih belum terlambat kan nak ucap Happy New Year? Ahahah. Well. Untuk pengetahuan, aku sihat jek. Makin ceria. Cewah. Sebenarnya aku baru hm lebih kurang seminggu kat rumah nih. Baru lepas menamatkan latihan khidmat negara. Ha? Tak percaya aku pergi PLKN? Korang kena percaya. Hari aku melapor hari Ahad kot? 6 Jan 2014. Sekarang dah 25 Mac. Dah nak 3 bulan dah kan. Tapi aku duk sana tak sampai 3 bulan pun. 2 bulan lebih jek. Tapi ilmu, kenangan semua banyak yang aku dapat. Serious talk. PLKN nih merupakan pengalaman paling berharga yang pernah berlaku dalam hidup aku selama 18 tahun nih. Err ada lah lagi pengalaman best tapi nih first time rasa jauh dengan family, makan, pakai semua urus sendiri. Berdikari lah katakan..

So kat sini aku bukan lah nak cerita satu-satu. Tapi cerita secara roughly lah apa yang aku buat dekat sana. Kalau rasa boring, korang boleh lah stop baca. Tskkk :/ sampai hati kan lol

Hari pertama sampai, kitorang buat pendaftaran kat sana. Setiap pelatih ada no. ID sendiri. No ID nih lah yang menentukan kita nih kompeni apa, bilik dorm yang ke berapa. Tapi setiap kem lain dia punya style. So, ktorang punya macam nih.


Cantik kan? Cikgu Zaza yang buat. Hehhee. Nama aku Izzatie sepatutnya. Tapi dia nak pendek jek sebab tak muat, jadilah Izati. Huaaa tak cantik kan hahahah ah takdehal. Janji sebutan sama. P4 tuh no. dorm aku. K18, no. katil. ID aku warna biru. Biru mewakili kompeni Bravo. "We are BRAVO!" weee 

Then dah settle, kitorang semua amik barang-barang kat logistik. Ha ada baju kelas, baju PT,  kasut sukan, spike boot, beret, and banyak lagi. Sampai tak cukup tangan nak angkut. Tapi nak buat mcm mana. Dah nasib badan. Dengan cuacanya hujan lagi. Tapi, alahai benda kecik jek. Benda boleh settle. Haha.

Masa dah masuk dorm, semua kgkawan sambut. Tak semua lah, tapi nampak sangat diorang friendly gila. Orang first yang tegur aku, Shera. Budak Kulaijaya. Baru first time kenal, dah macam kawan lama dah. Then, Ida. So aku tak awkward sangat lah bila duduk dalam dorm tuh. Lepastuh ada Arin. Nih antara orang-orang yang terawal jadi member aku. Kehkeh. Lepastuh, Ila, then Nad & Dila. Nih semua orang JB. Ila, Nad & Dila lah kira geng aku kat kem. Kitorang rapat sangat macam dah lama gila kawan. Pergi mana-mana mesti berempat. Tapi Nad cakap aku suka buat hal sendiri. Ha, betul lah tuh. Huhu u_u


Dari kiri korang, Ila, aku, Nad and Dila. Ya Allah.. Rindunya kat diorang. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa eh korang! T.T

Haaaaaaa. Okay cukup setakat nih. Panjang sangat nanti pening pulak nak baca. Anytime free, aku update lagi. Nih baru cerita pasal mula-mula masuk kem. Belum dengan aktivitinya lagi. Okok Jumpa di next entry. Byeeeeeee assalamualaikum :)


THANKS FOR VISITING, DO COME AGAIN SOON! :D
follow | dash