1


2


3


HELLO
I don't like coffee fyi. But I love a song called Coffee by Bangtan Boys. So, Hello and welcome  people.

CREDITS
T H A N K Y O U





Best Memory Ever (Chapt.2) Thursday, March 27, 2014 | 6:17 AM | 0 comments
Assalamualaikum semuaaaaaa. Hii finally jumpa jugak kita kat entry ke-2 nih. So kali nih nak sambung lagi cerita pasal pengalaman kat PLKN. Oh sebelum tuh, nak wish Happy Birthday untuk kawan aku sorang nih. Yaa, kenal kat PLKN. Orang nogorii. Baikk orangnyaa. Kehkeh tolong jangan kembang yek awak ;p
Happy Birthday to you~ Happy birthday to you~ Happy birthday to Khairil~~~ Happy birthday to youuuu. Heheheh Happy birthday! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Sorry lah takda hadiah. Kau tinggal kat Negeri Sembilan, aku JB. Susahhhh :/ kehkeh. Ada rezeki jumpa lagi! :D
Okaaaaay sambung. Haaa. Cerita pasal birthday nih, first time aku celebrate birthday jauh dengan family. Maklumlah family kat JB. Aku pulak berkhidmat untuk negara kat Batu Pahat XD Ye still dalam Johor aku tahu tuh tapi sedih kot pagi call ayah & mama guna public. Diorang wish birthday dalam phone. Weh time tuh air mata aku dah mengalir dah. Hahahhaha sebak sangat dengar suara diorang. Well first time berjauhan. Hmm tapi takde lah teruk sangat bila birthday time kat PLKN nih. Yelah, ada ramai kawan.

Haa. Masa tuh seminggu dah kat kem, time tuh la birthday aku. Dah lah belum ngam dengan semua orang lagi. Tapi kan.. Ok nih salah satu benda yang tak boleh lupa. Masa tuh first time gathered dengan wira-wira Bravo untuk pembinaan pasukan or pembetukan aku dah lupa. Benda nih penting untuk identiti kompeni memasing. Kena cipta logo kompeni, buat bendera, create matlamat kompeni and banyak lagi. Then ada lah sorang budak nih tengok ID aku sebab ada I/C no. Then duk kecoh dengan orang-orang kat situ hari tuh birthday aku. Then dengan tengah buat sorak kot kalau tak silap, diorang nyanyi happy birthday sekali. Bengang ada, terharu pun ada. Bengang bkn sebab marah tapi malu. Kahkah. Ada pulak yang bagi note "Happy 18". Weh lagilah terharu. Hehehehe.

Tapi alhamdulillah.. Lama-lama dah ngam dah dengan semua budak Bravo. Err tak semua, mungkin setengah tapi takdalah macam mula-mula baru masuk. Hehe.Haaaa sekejap. Aku belum tersasar jauh lagi kan dengan cerita pengalaman aku nih? hahahaha

Hmm k kalau cerita pasal aktiviti, banyak gila aktiviti yang dijalankan. Aktiviti nih semua based on perkara-perkara yang kita belajar dalam kelas. Haa kat sana bukannya ada aktiviti fizikal jek. Kelas pun ada.Tapi nih bukan macam kelas kat sekolah tuh. Seronok jugak lah sebab banyak jugak aktiviti dalam kelas tuh. Kalau nak cerita kat sini tak best lah. Kena rasa and alami sendiri baru syok :p

Thenn kalau kawad tuh mesti lah ada. K yang nih aku faham sangat. Ada setengah orang tuh err bukan setengah tapi ramai mungkin? Especially perempuan. Kalau cerita PLKN jek mesti takut kawad. Sebab? Muka gelap. Hahahha aku pun macam tuh dulu. Serious takut gila. Tapi bila dah alami sendri, takdelah teruk sangat. Kgkawan pun cakap muka aku tak berubah sangat pun. lol pandai-pandailah apply sunblock. Ye takk? kehkeh

Lepastuh ada aktiviti air, ada menembak, tali tinggi, kembara halangan.. Menembak best! Serious! Haa aku tahu ada setengah badan beruniform buat aktiviti menembak. Habis yang takde menembak tuh? Korang tak merasa pegang senapang kan? Haha sooo nih semua pengalaman. Ye mungkin sekali seumur hidup tapi bila lagi dapat pegang kan? Taktau pulak kalau kat tempat lain ada kan. Next, untuk tali tinggi  ada 3 elemen kot aku tak ingat. Yang penting ada flying fox. Haa memang tempat lain pun ada flying fox. Tapi kat PLKN nih free kot hahaha seriously best sangat. Nak tunjuk gambar tapi semua kat cikgu. Maklumlah pelatih mana boleh pegang H/P. Tsk Tapi alhamdulillah semua aktiviti kat sana aku try dengan jayanya. Yes I'm proud of myself! :D


Nih salah satu elemen kat tali tinggi. Oh sblum tuh, sorry cikgu Mad saya amik gmbr dri Fb ckgu xD

Aktiviti lain? OH wirajaya! This one.. Korang kena berkhemah kat dalam hutan lol hutan lah sangat. Macam kem aku, kat ladang kelapa sawit jekk. Hahah alahai tidur 1 malam jek. Takde lah teruk sangat. Cuma yang teruk tuh err rahsiaaa korang kena rasa sendiri tapi ingat! Nih semua experience okay? XD

Lagi satu nih nak pesan lah kan untuk readers yang dapat panggilan ke PLKN lepasni, bawak lah baju tradisional korang macam baju kurung tu kan sebab kat sana ada banyak persembahan. Kalau dulu korang malu, tak pernah menonjol langsung, time tuh lah korang nak tonjolkan diri korang. Fyi, aku tak pernah naik atas pentas time kat sekolah. Tapi dah sampai plkn, nak taknak, kena buat jugak. Kena participate. Kena bekerjasama. lol aku lupa. Kat sana korang kena pandai main dengan masa. MASA tuh penting. Belajar lah jadi someone yang punctual yek sementara ada masa nih. Kat sana korang akan terkejar-kejar. Tapi bagus sebenarnya sebab in real life, korang pun perlu jadi someone yg punctual sebab dalam alam pekerjaan, ada majikan nak amik pekerja yang tak punctual nih? lol 


currently miss my dorm mates soo much! Thanks for being my friend while we were in camp.
Ada jodoh, jumpa lagiiiii. Sayang korang sangat-sangat! 

Okayylah insyaAllah bila-bila aku sambung untuk next entry. Assalamualaikum! :)

THANKS FOR VISITING, DO COME AGAIN SOON! :D
follow | dash